Salam sejahtera kepada semua pembaca blog,moga-moga korang semue berada dalam keadaan sihat sejahtera.Hari ni bersempena dengan jumaat yang penuh barakah ni,kita nak adakan segmen baru iaitu tazkirah pendek.Bukan ape,disamping cerite pasal baju jer memanjang,elok gak kalo kiter ade sedikit pengisian ilmu agame kat sini.. tazkirah pendek jer..kami mungkin akan memaparkan hadith-hadith nabi yang ringkas atau kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan.Moga-moga,kita dapat manfaat bersama.
SOLAT WITIR
Dari
Ali bin Abi Thalib, katanya : Witir itu tidak merupakan suatu ketetapan
seperti solat-solat wajib, tetapi sunah Rasulullah s.a.w . Baginda
bersabda “ Sesungguhnya Allah itu Tunggal, maka Dia mencintai yang
tunggal, kerana itu solatlah Witir, wahai ahli Quran!.” ( HR Ashhabi Sunan )
Lafaz
hadith tersebut ada pada Tirmizi dan beliau menghasankannya, tetapi
Ibnu Khuzaimah mengesahkannya. Abu Dawud dan yang lain juga meriwayatkan
hadith seperti itu dari Jabir.
Dari Jabir, ia
berkata Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa khuatir tidak dapat
bangun tengah malam, hendaklah ia witir pada permulaan malam. Dan
barangsiapa berkeinginan keras untuk bangun di akhir malam, hendaklah
dia melakukan witir pada akhir malam, kerana solat di akhir malam itu
disaksikan dan dihadiri oleh para malaikat dan solat tersebut adalah
lebih utama .” ( HR Muslim )
0 comments:
Post a Comment