Labels

Friday, 29 June 2012

T-shirt "round neck" dan kolar warna peach baru!

Salam sejahtera buat pembaca blog moga-moga korang sumer baik-baik belako.Untuk post hari ni,cuma nak bagitau kat hampa semua yang kita ada warna baru untuk tshirt kolar dan "round neck" (ready made).Warna ape?..warna peach!!..check it out!



Kepada sesiapa yang nak tempah,boleh la call,sms,atau email kami ok?..



*Segala salah dan silap ,kami mohon maaf daripada hujung rambut sehinggalah hujung kaki... 

Thursday, 28 June 2012

Tazkirah pendek 02


ORANG MUKMIN YANG DIUJI ALLAH S.W.T.

      Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 

Kesimpulan Hadis: 

 1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.  

2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut

*segala salah dan silap,saya mohon maaf daripada hujung rambut sehinggalah hujung kaki,zahir dan batin...

Sunday, 24 June 2012

tshirt 'round neck" dan tshirt berkolar

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang tercinta,hari ni cume nak edarkan flyer simple tentang t-shirt "round neck " dengan kolar(ready made).Untuk tempahan,bolehlah call,sms,atau email kami.Nak sulam pun boleh,nak silkscreen pun boleh.Harga ikot bilangan tempahan.So,ape tunggu lagi?..moh tengok..(Tapi dalam english la...)


*segala salah dan silap,saya mohon maaf daripada hujung rambut sehinggalah hujung kaki,zahir dan batin..

Thursday, 21 June 2012

Segmen baru.."Tazkirah pendek"




Salam sejahtera kepada semua pembaca blog,moga-moga korang semue berada dalam keadaan sihat sejahtera.Hari ni bersempena dengan jumaat yang penuh barakah ni,kita nak adakan segmen baru iaitu tazkirah pendek.Bukan ape,disamping cerite pasal baju jer memanjang,elok gak kalo kiter ade sedikit pengisian ilmu agame kat sini.. tazkirah pendek jer..kami mungkin akan memaparkan hadith-hadith nabi yang ringkas atau kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan.Moga-moga,kita dapat manfaat bersama.


SOLAT WITIR

Dari Ali bin Abi Thalib, katanya : Witir itu tidak merupakan suatu ketetapan seperti solat-solat wajib, tetapi sunah Rasulullah s.a.w . Baginda bersabda “ Sesungguhnya Allah itu Tunggal, maka Dia mencintai yang tunggal, kerana itu solatlah Witir, wahai ahli Quran!.” ( HR Ashhabi Sunan )

Lafaz hadith tersebut ada pada Tirmizi dan beliau menghasankannya, tetapi Ibnu Khuzaimah mengesahkannya. Abu Dawud dan yang lain juga meriwayatkan hadith seperti itu dari Jabir.

Dari Jabir, ia berkata Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa khuatir tidak dapat bangun tengah malam, hendaklah ia witir pada permulaan malam. Dan barangsiapa berkeinginan keras untuk bangun di akhir malam, hendaklah dia melakukan witir pada akhir malam, kerana solat di akhir malam itu disaksikan dan dihadiri oleh para malaikat dan solat tersebut adalah lebih utama .” ( HR Muslim )


*segala salah dan silap,kami mohon maaf daripada hujung rambut sehinggalah hujung kaki,zahir dan batin...



Wednesday, 20 June 2012

Tempahan selain tshirt?

Salam sejahtera kepada pembaca blog yang tercinta,moga-moga hari kita dipermudahkan urusan tak kira la urusan kerja ke,rohani ke,atau peribadi ,moga-moga Allah permudahkan..insyaAllah..Hari ni ,kami just nak bagitau kat hampa(pesal tibe-tibe loghat penang pulak nie!?)yang kami jugak terima tempahan selain tshirt atau produk-produk yang kat segmen produk tuh contohnye,vest,baju keselamatan,dan lain-lain.Bukan aper,sekarang ni kami hanya fokus kepada tshirt,cap,baju muslimah,windbreaker,jaket dan kemeja f1 buat sementara waktu ni.Jangan risau,bahagian produk sedang dalam proses untuk dikemaskini.Jadi,stay tuned pada blog kami.Jika ada apa-apa tempahan,boleh la berurusan dengan kami melalui email atau boleh sahaja sms,paling mudah,call terus jer ke nombor dan alamat email yang tertera kat bahagian bawah kotak facebook like tuh.Kepada yang belum "like" lagi,boleh la like sekarang..ok,rasenyer itu je la kot..hangpa toksah susah hati noh..rasa nak order,order je.x payah malu,x payah segan ok?..

*segala salah dan silap ,kami mohon maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki,zahir dan batin...

Tuesday, 19 June 2012

Step by step tuto-1(Cara nak menghasilkan brush sendiri)










Salam sejahtera kepada semua pembaca blog,hari ni kita akan adakan segmen tutorial pendek photoshop cs5.Moga-moga korg sumer dapat manfaat.

Tajuk tuto kita hari ni adalah,cara untuk menghasilkan brush sendiri.So,kite mulekan sekarang...

Step 1:
bukak photoshop cs5 korg..pastu klik "New" atau "Ctrl+N"


Step 2:Pasal width ngan height tu set jer berape yang korg nak pastu klik "ok"..pasal nama fail tuh..namekan jer ape-ape yang korg nak..

Step 3:Bile dah keluar kanvas macam ni((gambar rajah 3)..boleh la klik 2 kali kat layer background tu dan klik "Ok".(supaya ikon kuncinya hilang).

Step 4:Bile ikon kunci tu dah hilang,klik pada "layer">>"New'>>"Layer"..untuk hasilkan layer baru..sebab bile buat brush nanti,takde la background putih mengacau..

Step 5:Lepas tu,pilih warna hitam..(sebenarnye warna ape-ape pun boleh..dalam tuto ni,kite gunekan warna hitam..)

Step 6:Klik ikon "shape" dan pilih bentuk segiempat kemudian,bentukkan di atas kanvas.

Step 7:Apabila selesai bentuk segi empat,boleh la buang layer bawah "layer shape" tuh.Macammane nak buang??..laa...klik kanan kat pekataan layer tu pastu klik "delete layer"..

Pastu ,die akan jadi camni..

Step 8:ok,langkah ni ,korang hanya perlu buat kalo korang gune "shape".Kepada yang gune imej(.jpg atau .png),boleh la skip step 6 sampai step 8 ok?..(cheewah..dah membebel bnyak-banyak ,tibe-tibe suroh org skip..tapi INGAT!,kepada orang yang gune imej untuk dijadikan brush).Ok,dalam langkah ni,klik kanan kat layer "shape" tadi pastu klik "Resterize layer".Selagi korang x resterize layer,jangan harap korang bole buat brush..(kalo nak try gak, cber la buat solat hajat ke,ape ker..x boleh der..)

Step 9:Dah resterize layer tuh,klik "edit">>"Define Brush Preset"...lepas tu,tentukan nama brush tuh..(namekan jer ape-ape..)


Step 10:cube cek brush anda..tadaa!..



ok,buat masa ni..tu la dia tuto pendek untuk buat brush sendiri..kalo maleh nak buat,boleh je taip kat google bersepah-sepah brush kat luar noh..so,selamat beramal^^..(beramal?..betul ke ayat tu?..xpe ler)

*segala salah dan silap,kami mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki,zahir dan batin...

Monday, 18 June 2012

Design,design dan design...nak tempah?

Salam sejahtera kepada pembaca blog yang tercinta moga-moga korang sumer berada dalam keadaan sihat hendaknya.Post kami untuk hari ni adalah design-design baru baju round neck dan kalau ada yang berminat,boleh la sms,call atau email kami.Sehelai baju rm15.00(untuk putih sahaja) manakala rm18.00(untuk baju yang berwarna )..kat sini ade tujuh design baru so,usha-usha la dulu...

1.  

Kami remaja generasi x..design santai
2.

teddy yang comel.design yang ringkas tapi,menarik(front)
"teddy makes tidy"(back)

3.

berkonsepkan abstrak ..
testing warna pink..
cubaan ..warna kuning

4.

tshirt "voice out ,we have our right"
merah ni nampak garang sikit...

5.

rekaan ter"latest"..robotechno..

6.

baju ala-ala jersey..(front)
nombor belakang besar..(back)

7.

design yang paling ringkas.."siapa kita?"..


Sekali lagi kami nak bagitahu,jika ada daripada kalangan anda yang berminat dengan design-design di atas,jangan malu dan jangan segan..sms,call,atau email kami di nombor dan email yang tertera di bahagian atas bawah kotak facebook like tuh..Ok?..

*segala salah dan silap,kami mohon maaf daripada hujung rambut sehinggalah hujung kaki,zahir dan batin..

Sunday, 17 June 2012

Buat masa ni ready made sahaja...

Salam sejahtera kepada pembaca blog,moga-moga korang sumer dipermudahkan segala urusan kerja.Hari ni,tak bnyak sangat perkara yang ingin kami sampaikan.Just nak memperingatkan sekali lagi,buat masa ni,kami tidak menerima sebarang design custom.Buat masa ni,hanya terdapat design ready made sahaja.Untuk tempahan,bagi logo atau gambar (maksima 4 warna,saiz A4) lepas tu,pilih design baju melalui kod,bagi saiz,bilangan dan kami akan menentukan harga..kalo deal,boleh bayar deposit dan kiter akan terus buat baju anda..contoh baju yang boleh korang buat:

      aktiviti:












baju sukan ke..















untuk team,macam futsal ke,takraw ke..


















contoh baju kemeja f1 untuk syarikat:























Ok la..berikut merupakan contoh..kalo ade yang beminat,bolehla call,sms,email kami di maklumat yang ada kat bawah kotak like facebook tuh.Rasenyer,sampai sini dulu post kami untuk hari ini..

*segala salah dan silap,kami mohon maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki,zahir dan batin...




Saturday, 16 June 2012

Weekend oh..weekend

       Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang tercinta..tengah wat aper tuh?..klo pagi2 camni ..slalunyer ader beberapa perkare yang akan korang buat..1.sarapan,2.tidor 3.berjogging 4.usha laptop(laptop pun boleh usha(tengok)??)..dan kalo yang baik sikit..5.solat dhuha..hmmm...tak kira la korang tgh bwat aper pun..terima kasih banyak-banyak sebab masih lagi sudi melawat blog kami ni walopun kontennyer masih lagi biase-biase jer...tapi,insyaAllah..kami akan cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan cerita-cerita yang menarik moga-moga, ia dapat memberi manfaat buat semua..

      Tajuk untuk cerita kami kali ni adalah weekend!..Ape tu weekend??...hari minggu!!..cakap pasal hari minggu ni,dalam kepale kite mesti pikir nak bercuti,nak berehat,nak pegi shopping,nak jumpe pakwe n makwe,nak lawat kubor(yang baik sikit)..nak pegi kenduri kawin,nak pegi melancong(kalo tanye mat rempit.."korang nak pegi mana??"...jawab mat rempit."kitorang nak pegi melencong" )...dan macam-macam lagi la.Cakap tentang cuti jugak,banyak event-event yang ada pada waktu ini contohnya,majlis perkahwinan,seminar itu dan ini(bukan nama seminar tu "itu dan ini"..tpi,sajer nak tunjukkan yang seminar tu bnyak berlaku pada hari ini)contohnya kem bina akhlak,seminar bisnes dan sebagainya.Haa...sebab ape kita cakap tentang ni?..ok,kepada sesiapa yang ingin menempah baju untuk aktiviti -aktiviti,boleh la call,sms,atau email kami .

        Nombor dan email kami boleh didapati di atas sebelah kanan bawah kotak like facebook tuh.Contoh design buat mase ni,saya x dapat nak kasi sebab line kat sini agak slow(susah nak memuatnaik gambar).Untuk tshirt aktiviti,yang terbaik kami boleh "recommend"kan adalah round neck tshirt.Harga akan ditentukan mengikut bilangan tempahan(sebaik-baiknya atas 30 helai).Just kasi lukisan bersaiz A4 dan pilih baju dan warnanya..hantar kat email yang tertera kat atas sebelah kanan bawah facebook like tu..pastu ,kami akan menentukan harga..untuk peringatan,...lagi BANYAK anda tempah,lagi MURAH harga sehelai baju tu..ok?..Paper pun,kepada yang belom like,boleh la like kat facebook like box kat belah atas kanan tu..jadi,sampai sini jer la kot untuk hari ni..

*segala salah dan silap saya mohon maaf
daripada hujung rambut sehinggalah hujung kaki,
zahir dan batin...

Nak beli baju x?

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog moga-moga korang semua sihat hendaknya.Hari ni mcam biasa la keje mengemaskini blog tapi,hari ni ,saya tak nak cerita banyak sangat kat blog ni..maklumlah tengah sibuk.Korang semua sibuk x?kalo x sibok ,bolehlah jengok2 blog ni ..kiter akan mengemaskini blog ini dengan cerita-cerita terkini serta perkembangan-perkembangan yang berlaku..mudah-mudahan ia dapat memberi manfaat insyaAllah..hmm...ok,balik pada topik,kami akan membuat tshirt roundneck yang bercirikan santai..Harga sehelai bermula dari rm15..(round neck putih sahaja..),,dan rm18 untuk round neck yang berwarna contohnya ,hitam,merah,kuning dan sebagainya..Berikut adalah rekaan-rekaan tshirt .Designnya simple sahaja,..tapi ada makna...so,pilih la..jangan malu n jangan segan..ok?...check it out!..^^

design diambil dari peribahasa inggeris..

"You are what u eat"..juga diambik dari peribahasa inggeris.

berkonsepkan tshirt "i love"..perkataan "GENIUS" tu korang boleh tukar.


just amik dari star wars..simple jer

sape yang suke marah-marah,beli la tshirt ni..senyumla selalu^^

just untuk orang yang minat ...design simple jer..

ni pun best gak..perkataan "sg buaya" tu korang boleh tukar..

setiap orang ada kekuatan masing-masing..

untuk budak-budak yang mengaku diorang tu budak bandar.

Kepada pencinta wang..

design santai jer..

kepada yang suke bersahabat..sesuai jadikan tshirt kelas..

ak sarankan pelajar-pelajar yg beli..boleh pangkah budak yg  x blaja(gurau jer..)

mcam ade muke pulak kat baju..



 Kepada sesiapa yang berminat,boleh la call,sms,dan email kami di nombor dan alamat yang tertera kat atas belah kanan,bawah facebook like box tuh..ok?

*segala salah dan silap harap dimaafi daripada hujung rambut sehinggalah hujung kaki,
  zahir dan batin...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More