Labels

Friday, 29 June 2012

T-shirt "round neck" dan kolar warna peach baru!

Salam sejahtera buat pembaca blog moga-moga korang sumer baik-baik belako.Untuk post hari ni,cuma nak bagitau kat hampa semua yang kita ada warna baru untuk tshirt kolar dan "round neck" (ready made).Warna ape?..warna peach!!..check it out!



Kepada sesiapa yang nak tempah,boleh la call,sms,atau email kami ok?..



*Segala salah dan silap ,kami mohon maaf daripada hujung rambut sehinggalah hujung kaki... 

Thursday, 28 June 2012

Tazkirah pendek 02


ORANG MUKMIN YANG DIUJI ALLAH S.W.T.

      Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 

Kesimpulan Hadis: 

 1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.  

2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut

*segala salah dan silap,saya mohon maaf daripada hujung rambut sehinggalah hujung kaki,zahir dan batin...

Sunday, 24 June 2012

tshirt 'round neck" dan tshirt berkolar

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang tercinta,hari ni cume nak edarkan flyer simple tentang t-shirt "round neck " dengan kolar(ready made).Untuk tempahan,bolehlah call,sms,atau email kami.Nak sulam pun boleh,nak silkscreen pun boleh.Harga ikot bilangan tempahan.So,ape tunggu lagi?..moh tengok..(Tapi dalam english la...)


*segala salah dan silap,saya mohon maaf daripada hujung rambut sehinggalah hujung kaki,zahir dan batin..

Thursday, 21 June 2012

Segmen baru.."Tazkirah pendek"




Salam sejahtera kepada semua pembaca blog,moga-moga korang semue berada dalam keadaan sihat sejahtera.Hari ni bersempena dengan jumaat yang penuh barakah ni,kita nak adakan segmen baru iaitu tazkirah pendek.Bukan ape,disamping cerite pasal baju jer memanjang,elok gak kalo kiter ade sedikit pengisian ilmu agame kat sini.. tazkirah pendek jer..kami mungkin akan memaparkan hadith-hadith nabi yang ringkas atau kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan.Moga-moga,kita dapat manfaat bersama.


SOLAT WITIR

Dari Ali bin Abi Thalib, katanya : Witir itu tidak merupakan suatu ketetapan seperti solat-solat wajib, tetapi sunah Rasulullah s.a.w . Baginda bersabda “ Sesungguhnya Allah itu Tunggal, maka Dia mencintai yang tunggal, kerana itu solatlah Witir, wahai ahli Quran!.” ( HR Ashhabi Sunan )

Lafaz hadith tersebut ada pada Tirmizi dan beliau menghasankannya, tetapi Ibnu Khuzaimah mengesahkannya. Abu Dawud dan yang lain juga meriwayatkan hadith seperti itu dari Jabir.

Dari Jabir, ia berkata Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa khuatir tidak dapat bangun tengah malam, hendaklah ia witir pada permulaan malam. Dan barangsiapa berkeinginan keras untuk bangun di akhir malam, hendaklah dia melakukan witir pada akhir malam, kerana solat di akhir malam itu disaksikan dan dihadiri oleh para malaikat dan solat tersebut adalah lebih utama .” ( HR Muslim )


*segala salah dan silap,kami mohon maaf daripada hujung rambut sehinggalah hujung kaki,zahir dan batin...



Wednesday, 20 June 2012

Tempahan selain tshirt?

Salam sejahtera kepada pembaca blog yang tercinta,moga-moga hari kita dipermudahkan urusan tak kira la urusan kerja ke,rohani ke,atau peribadi ,moga-moga Allah permudahkan..insyaAllah..Hari ni ,kami just nak bagitau kat hampa(pesal tibe-tibe loghat penang pulak nie!?)yang kami jugak terima tempahan selain tshirt atau produk-produk yang kat segmen produk tuh contohnye,vest,baju keselamatan,dan lain-lain.Bukan aper,sekarang ni kami hanya fokus kepada tshirt,cap,baju muslimah,windbreaker,jaket dan kemeja f1 buat sementara waktu ni.Jangan risau,bahagian produk sedang dalam proses untuk dikemaskini.Jadi,stay tuned pada blog kami.Jika ada apa-apa tempahan,boleh la berurusan dengan kami melalui email atau boleh sahaja sms,paling mudah,call terus jer ke nombor dan alamat email yang tertera kat bahagian bawah kotak facebook like tuh.Kepada yang belum "like" lagi,boleh la like sekarang..ok,rasenyer itu je la kot..hangpa toksah susah hati noh..rasa nak order,order je.x payah malu,x payah segan ok?..

*segala salah dan silap ,kami mohon maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki,zahir dan batin...

Tuesday, 19 June 2012

Step by step tuto-1(Cara nak menghasilkan brush sendiri)










Salam sejahtera kepada semua pembaca blog,hari ni kita akan adakan segmen tutorial pendek photoshop cs5.Moga-moga korg sumer dapat manfaat.

Tajuk tuto kita hari ni adalah,cara untuk menghasilkan brush sendiri.So,kite mulekan sekarang...

Step 1:
bukak photoshop cs5 korg..pastu klik "New" atau "Ctrl+N"


Step 2:Pasal width ngan height tu set jer berape yang korg nak pastu klik "ok"..pasal nama fail tuh..namekan jer ape-ape yang korg nak..

Step 3:Bile dah keluar kanvas macam ni((gambar rajah 3)..boleh la klik 2 kali kat layer background tu dan klik "Ok".(supaya ikon kuncinya hilang).

Step 4:Bile ikon kunci tu dah hilang,klik pada "layer">>"New'>>"Layer"..untuk hasilkan layer baru..sebab bile buat brush nanti,takde la background putih mengacau..

Step 5:Lepas tu,pilih warna hitam..(sebenarnye warna ape-ape pun boleh..dalam tuto ni,kite gunekan warna hitam..)

Step 6:Klik ikon "shape" dan pilih bentuk segiempat kemudian,bentukkan di atas kanvas.

Step 7:Apabila selesai bentuk segi empat,boleh la buang layer bawah "layer shape" tuh.Macammane nak buang??..laa...klik kanan kat pekataan layer tu pastu klik "delete layer"..

Pastu ,die akan jadi camni..

Step 8:ok,langkah ni ,korang hanya perlu buat kalo korang gune "shape".Kepada yang gune imej(.jpg atau .png),boleh la skip step 6 sampai step 8 ok?..(cheewah..dah membebel bnyak-banyak ,tibe-tibe suroh org skip..tapi INGAT!,kepada orang yang gune imej untuk dijadikan brush).Ok,dalam langkah ni,klik kanan kat layer "shape" tadi pastu klik "Resterize layer".Selagi korang x resterize layer,jangan harap korang bole buat brush..(kalo nak try gak, cber la buat solat hajat ke,ape ker..x boleh der..)

Step 9:Dah resterize layer tuh,klik "edit">>"Define Brush Preset"...lepas tu,tentukan nama brush tuh..(namekan jer ape-ape..)


Step 10:cube cek brush anda..tadaa!..



ok,buat masa ni..tu la dia tuto pendek untuk buat brush sendiri..kalo maleh nak buat,boleh je taip kat google bersepah-sepah brush kat luar noh..so,selamat beramal^^..(beramal?..betul ke ayat tu?..xpe ler)

*segala salah dan silap,kami mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki,zahir dan batin...

Monday, 18 June 2012

Design,design dan design...nak tempah?

Salam sejahtera kepada pembaca blog yang tercinta moga-moga korang sumer berada dalam keadaan sihat hendaknya.Post kami untuk hari ni adalah design-design baru baju round neck dan kalau ada yang berminat,boleh la sms,call atau email kami.Sehelai baju rm15.00(untuk putih sahaja) manakala rm18.00(untuk baju yang berwarna )..kat sini ade tujuh design baru so,usha-usha la dulu...

1.  

Kami remaja generasi x..design santai
2.

teddy yang comel.design yang ringkas tapi,menarik(front)
"teddy makes tidy"(back)

3.

berkonsepkan abstrak ..
testing warna pink..
cubaan ..warna kuning

4.

tshirt "voice out ,we have our right"
merah ni nampak garang sikit...

5.

rekaan ter"latest"..robotechno..

6.

baju ala-ala jersey..(front)
nombor belakang besar..(back)

7.

design yang paling ringkas.."siapa kita?"..


Sekali lagi kami nak bagitahu,jika ada daripada kalangan anda yang berminat dengan design-design di atas,jangan malu dan jangan segan..sms,call,atau email kami di nombor dan email yang tertera di bahagian atas bawah kotak facebook like tuh..Ok?..

*segala salah dan silap,kami mohon maaf daripada hujung rambut sehinggalah hujung kaki,zahir dan batin..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More